Tuesday, August 25, 2009

KOMSAS

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera'. Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 - 5 di semua sekolah menengah.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi. Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku.

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia- tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat , panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM. Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah 10 % sahaja.

Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan puisi klasik, cerpen, sedutan teks klasik dan drama.

Komsas dilihat sebagai alternatif kepada subjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapat membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan.

Buku Komsas diberi percuma melalui Skim Pinjaman Buku Teks kepada mereka yang layak sahaja. Dalam subjek bahasa Inggeris juga terdapat buku Komsas. Mulai tahun 2008, semua pelajar diberi buku teks percuma ini tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Setiap novel dan antologi yang terpilih akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan lain-lain penerbit. Biasanya diterbitkan oleh DBP . DBP juga menerbitkan semua buku teks bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Penerbit lain diberi peluang menerbitkan buku-buku teks bagi subjek yang lain.

Penulis akan diberi royalti sekiranya novel mereka terpilih. Jutaan naskhah diterbitkan setiap tahun. Di sinilah bantahan dari pelbagai penulis bermula. Apalah hebatnya menjadi Sasterawan Negara jika novel mereka tidak terpilih sebagai buku teks Komsas, lebih baik sekadar penulis muda biasa-biasa sahaja.

No comments:

Post a Comment